Thursday, July 16, 2009

Tips Untuk Menjadi Magnet Diri

Magnet Diri merupakan satu daya tarikan semula jadi yang terdapat pada setiap individu. Tidak semua manusia menyedari akan potensi magnet diri yang mereka miliki.Kita tidak pernah mempersoalkan mengapa kita mudah berkawan dengan orang lain. Kita juga tidak tahu mengapa diri kita menjadi senang didampingi, mudah bekerjasama, dan menjadi tumpuan dalam satu -satu majlis. Semua itu terjawab apabila kita memahami akan kewujudan magnet diri dalam diri kita.

Hari ini saya akan memberi tips yang pertama untuk menjadi magnet diri:

Tips 1 - Membanjirkan Senyuman(Flooding Smile)

"Sesungguhnya perkara yang pertama yang menjadi tumpuan serta tarikan sesaorang untuk berinteraksi ialah dengan memberi senyuman. Oleh itu jadikan senyuman itu sebagai aset yang istimewa dalam hidup anda."

Oleh yang demikian....mulakan interaksi anda dengan MEMBANJIRKAN SENYUMAN.
Keindahan sesaorang bila membanjirkan senyuman adalah seperti bunga yang sedang berkembang di taman.Kelopaknya adalah ibarat bibir yang sedang menggamit ketenangan.
Yang penting...ialah keikhlasan dalam senyuman kerana ia tercipta daripada hati yang ikhlas.

Apalagi...janji dengan diri anda iaitu: Mulai hari ini saya akan membanjirkan senyuman apabila bertemu dengan sesaorang yang lain.

Lihat dan rasai sendiri kesan nya.

Terima Kasih dan selamat mencuba.

ARSHAD GHAUS

No comments:

Post a Comment