Thursday, July 16, 2009

Tips Untuk Menjadi Magnet Diri

Magnet Diri merupakan satu daya tarikan semula jadi yang terdapat pada setiap individu. Tidak semua manusia menyedari akan potensi magnet diri yang mereka miliki.Kita tidak pernah mempersoalkan mengapa kita mudah berkawan dengan orang lain. Kita juga tidak tahu mengapa diri kita menjadi senang didampingi, mudah bekerjasama, dan menjadi tumpuan dalam satu -satu majlis. Semua itu terjawab apabila kita memahami akan kewujudan magnet diri dalam diri kita.

Hari ini saya akan memberi tips yang pertama untuk menjadi magnet diri:

Tips 1 - Membanjirkan Senyuman(Flooding Smile)

"Sesungguhnya perkara yang pertama yang menjadi tumpuan serta tarikan sesaorang untuk berinteraksi ialah dengan memberi senyuman. Oleh itu jadikan senyuman itu sebagai aset yang istimewa dalam hidup anda."

Oleh yang demikian....mulakan interaksi anda dengan MEMBANJIRKAN SENYUMAN.
Keindahan sesaorang bila membanjirkan senyuman adalah seperti bunga yang sedang berkembang di taman.Kelopaknya adalah ibarat bibir yang sedang menggamit ketenangan.
Yang penting...ialah keikhlasan dalam senyuman kerana ia tercipta daripada hati yang ikhlas.

Apalagi...janji dengan diri anda iaitu: Mulai hari ini saya akan membanjirkan senyuman apabila bertemu dengan sesaorang yang lain.

Lihat dan rasai sendiri kesan nya.

Terima Kasih dan selamat mencuba.

ARSHAD GHAUS

Saturday, July 11, 2009

CEO Learning Curve Resources

Together We Are Winners -IWK Team

LCR Aerobic Instructor

Grooming Program Fr LHDN

Team Alignment EPF

Training Pictures





Teambuilding Prudential BSN Takaful

Teknik Pengucapan Berkesan



TEKNIK PENGUCAPAN BERKESAN memfokuskan kepada kemahiran berkomunikasi, khususnya dalam membuat pengucapan dan penyampaian. Meskipun tuntutan berkomunikasi tidak hanya pada situasi formal namun kemahiran asas adalah penting dalam mencapai objektif yang diharapkan. Demikian juga kaedah yang mungkin berbeza tetapi matlamatnya tetap satu, iaitu menyampaikan mesej dan mencapai objektif pengucapan.

Buku ini memberi panduan berguna untuk mengeksploitasi potensi diri dalam kemahiran berucap sekaligus mencapai matlamat yang diingini.

Selain itu, buku ini menyediakan rujukan untuk persiapan diri bagi menghadapi khalayak yang pelbagai sifatnya. Senarai semakan pantas disediakan untuk menjadikan buku ini rujukan pembaca sebelum memulakan pengucapan.

Buku ini sesuai dimiliki oleh mereka yang sentiasa memberi pengucapan, ceramah, syarahan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengucap profesional.

Magnet Diri




Bukan lagi rahsia! Setiap manusia mempunyai kuasa magnet diri. Cetuskan kuasa magnet diri anda melalui penerokaan tuntas daripada buku ini. Ia ditulis khas untuk individu yang masih mencari kuasa magnet di dalam diri sendiri. Pelbagai teknik berkesan untuk memanipulasi dan mengembangkan potensi magnet di dalam diri individu dikupas dengan mendalam. Hasilnya anda bukan sahaja disukai malah cukup disenangi dan mudah pula didampingi. Melalui rangkuman kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan interpersonal, buku ini merupakan yang pertama seumpamanya di pasaran.

About Me

Hi...friends.

My name is Arshad Ghaus. I’m a Training Consultant and the Co Founder of Learning Curve Resources which is one of the Training Company which provides training in Human Capital Development.
I have a vast experience conducting training for Government Sectors and also Corporate Organizations.

I am the author of TEKNIK PENGUCAPAN book (Public Speaking) and also MAGNET DIRI book (Self Magnet) which has been published by Utusan Malaysia Publisher and Distributor. My next book “JINAK EMOSI” will be published soon.

My expertise in training is Motivation, Communication, Customer Service, Teambuilding, Changing Mind Set, Presentation Skills, Management, Personality Development and Event Management.

Lastly I want to wish all my blog readers… have a nice day.. CHEERS.

Arshad Ghaus

Magnet Diri

arshadghaus@yahoo.com