Saturday, July 11, 2009

Teknik Pengucapan Berkesan



TEKNIK PENGUCAPAN BERKESAN memfokuskan kepada kemahiran berkomunikasi, khususnya dalam membuat pengucapan dan penyampaian. Meskipun tuntutan berkomunikasi tidak hanya pada situasi formal namun kemahiran asas adalah penting dalam mencapai objektif yang diharapkan. Demikian juga kaedah yang mungkin berbeza tetapi matlamatnya tetap satu, iaitu menyampaikan mesej dan mencapai objektif pengucapan.

Buku ini memberi panduan berguna untuk mengeksploitasi potensi diri dalam kemahiran berucap sekaligus mencapai matlamat yang diingini.

Selain itu, buku ini menyediakan rujukan untuk persiapan diri bagi menghadapi khalayak yang pelbagai sifatnya. Senarai semakan pantas disediakan untuk menjadikan buku ini rujukan pembaca sebelum memulakan pengucapan.

Buku ini sesuai dimiliki oleh mereka yang sentiasa memberi pengucapan, ceramah, syarahan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengucap profesional.

No comments:

Post a Comment